KOS PENGHANTARAN

Di Baby Dhuha E-Shoppe terdapat 3 kaedah penghantaran iaitu:

1. Poslaju
2. Airpak-Express
3. Nation Wide Express

Kebiasaannya kami menggunakan perkhidmatan Poslaju kecuali barang yang terlalu berat atau kos penghantaran melebihi RM12. Di bawah ini kami terangkan lebih lanjut setiap satu jenis penghantaran.

Caj pos dikira mengikut berat barang.

Untuk Poslaju Semenanjung, caj pos bermula dengan RM6 bagi barang berat bawah 500 gram dan kadar caj pos bertambah dengan pertambahan berat barang.

Untuk Poslaju Sarawak, caj pos bermula dengan RM8.50 bagi barang berat bawah 500 gram dan kadar caj pos bertambah dengan pertambahan berat barang.

Untuk Poslaju Sabah, caj pos bermula dengan RM9.30 bagi barang berat bawah 500 gram dan kadar caj pos bertambah dengan pertambahan berat barang.

Untuk Airpak Expres dalam Semenanjung Malaysia, caj pos bermula dengan RM6.05 bagi barang berat bawah 1000 gram dan kadar caj pos bertambah dengan pertambahan berat barang.

Untuk Nation Wide dalam Semenanjung Malaysia, caj pos bermula dengan RM6.40 bagi barang berat bawah 1000 gram dan kadar caj pos bertambah dengan pertambahan berat barang.

Untuk barang yang dipos dalam semenanjung Malaysia, anda digalakkan menggunakan POSLAJU sebagai pilihan pertama anda. Ini kerana Poslaju servis paling cepat berbanding Airpak Express atau Nation Wide Express. Poslaju juga mempunyai banyak cawangan diseluruh Malaysia yang mana produk yang anda hantar dapat sampai ke alamat dengan selamat.

Bagi barang yang sedikit berat, boleh guna Airpak Express. Airpak Express TEMPOH SAMPAI 1-3 hari bekerja. Bagaimana pun bagi sesetengah kawasan yang agak pendalaman tempoh smapai boleh mencecah 1-2minggu. Anda boleh menghubungi pihak Airpak Express untuk memastikan kawasan manakah yang tempoh sampai agak lama.

Bagi barang yang sangat berat dan anda mahu jimatkan caj pos sesuai gunakan Nation Wide Express. Bagaimanapun tempoh sampai adalah 3-7 hari bekerja. Dan bagi sesetengah kawasan di Sabah dan Sarawak, tempoh sampai boleh mencecah sehingga 10 hari bekerja.

Untuk Poslaju, tempoh sampai 1-3 hari bekerja. Untuk mengetahui kedudukan barang anda, sila semak kedudukan barang anda di laman web Pos Malaysia
http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp atau anda boleh hubungi Posline di 1-300-300-300

Untuk Airpak-Express, tempoh sampai 1-3 hari bekerja. Untuk mengetahui kedudukan barang anda, sila semak kedudukan barang anda di laman web Airpak-Express http://www.airpak-express.com atau hubungi hotline Airpak Express 03-78757768

Untuk Nation Wide Express, tempoh sampai ialah 3-5 hari bekerja. Untuk mengetahui kedudukan barang anda, sila semak kedudukan barang anda di laman web Nation Wide Express http://www.nationwide2u.com/track.htm atau anda boleh hubungi  No Telefon Nation Wide Express 03-80733333

Terima kasih.